On 4th April 2022 at about 1645 hrs Port Police Control Centre (PPCC) received a call regarding a fire in the container yard. Upon receiving this information both our Port Police and Safety Team immediately arrived at the scene at 1650 hrs followed by Westports Firefighting Team at 1700 hrs. Our team immediately started to put out the fire.

PPCC at the same time called the Fire and Rescue Department (FRD) from Port Klang for their assistance. FRD deployed 2 fire engines and arrived at 1800 hrs to combat the fire immediately.

The fire spread to the nearby containers in the yard and fearing it could not be contained, the FRD requested backup from several other stations. The FRD utilized all the available resources to bring the fire under control.

The fire was finally brought under control at about 0300 hrs. The FRD will be conducting a thorough investigation as to the cause and source of the fire. The Royal Malaysian Police has also been notified and they have sent a team to investigate the cause of this fire.

At this point of time, we are unable to ascertain the extent of the damaged containers. All the affected box operators will be notified in due course. There were no damages to port equipment and infrastructure. We are also pleased to inform that there were no injuries or disruption to our operations.

We would like to extend our gratitude and appreciation to everyone involved in helping us to put out the fire particularly FRD from various stations.

For any inquiries on this matter, please contact Westports Public Relations Department via email: [email protected]


Pada 4hb April 2022, kira-kira jam 4.45 petang Pusat Kawalan Polis Pelabuhan (PPCC) telah menerima panggilan berhubung kebakaran di kawasan yard kontena. Sebaik menerima maklumat ini kedua-dua Pasukan Polis Pelabuhan dan Keselamatan Westports segera tiba di tempat kejadian pada jam 4.50 petang diikuti oleh Pasukan Pemadam Kebakaran Westports pada jam 5.00 petang. Pasukan ini dengan segera memulakan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

 Pada masa yang sama , Pihak PPCC telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang untuk mendapatkan bantuan.sebaik menerima panggilan,  Pasukan Bomba tiba pada jam 6.00 petang dan segera mengerahkan 2 jentera bomba untuk memadamkan kebakaran.

Oleh kerana api telah merebak ke kawasan kontena berhampiran, Pasukan Pemadaman bimbang kebakaran tidak dapat dibendung dan telah meminta bantuan pemadaman daripada beberapa  balai Bomba yang lain. Pasukan pemadaman yang berada dilokasi telah   menggunakan semua sumber yang ada untuk mengawal kebakaran.

kebakaran berjaya dikawal pada 5 April jam 3.00 pagi  . Pasukan Bomba akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca kebakaran. Dalam pada itu, pihak Polis Diraja Malaysia juga telah dimaklumkan berkenaan inside nini dan mereka telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat kebakaran ini.

Pihak Westports masih lagi mengenalpasti kontena yang terlibat dalam insiden kebakaran ini . Semua pengendali kontena yang terjejas akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Tiada kerosakan pada peralatan dan infrastruktur pelabuhan. Pihak kami bersyukur untuk memaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan atau gangguan terhadap operasi kami.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam membantu kami memadamkan kebakaran khususnya Pasukan Bomba yang hadir dari balai- balai berdekatan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Jabatan Perhubungan Korporat Westports melalui email di bawah : [email protected]