PEGAWAI KESELAMATAN PELABUHAN  

Posted 1 year ago

1. RINGKASAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB :

Melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset Westports Malaysia melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis Westports Malaysia termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

2. SYARAT PERMOHONAN

Calon hendaklah memenuhi kelayakan berikut :-

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
  • Bebas daripada sebarang rekod jenayah, penyalahgunaan dadah, tuduhan rasuah (SPRM), keberhutangan serius, muflis dan tindakan tatatertib; dan
  • Mahir dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
  • Perakuan pemeriksaan kesihatan melalui Laporan perubatan Klinik/Hospital dari panel Westport Malaysia.

3. SYARAT LANTIKAN :

(a). Calon haruslah memiliki syarat berikut :

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan nya oleh Kerajaan dengan kelulusan 5 subjek termasuk Sejarah dan Bahasa Melayu; atau

ii. Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan nya oleh Kerajaan dengan mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional; dan

iii. Keutamaan memiliki lesen memandu kelas B2/B dan D/E2/E1/E; dan

iv. Ketinggian 1.63cm tanpa berkasut dan berat 50kg bagi lelaki; atau

v. Ketinggian 1.57cm tanpa berkasut dan berat 48kg bagi wanita; dan

vi. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) antara julat 19 hingga 26; dan

viii. Bagi lelaki sahaja : ukuran lilitan dada biasa 81cm (Normal) dan semasa menarik nafas 86cm; dan

ix. Tiada masalah penglihatan (rabun jauh / dekat / warna); dan

(b). Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Human Resources Department
Westports Malaysia Sdn Bhd
5th Floor, Tower Block, P.O. Box 266, Pulau Indah, 42009 Port Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-3169 4000 Fax: 03-3169 4101

All applications will be treated strictly private and confidential.

  1. Only shortlisted candidates will be notified within 2 weeks (14 business days).
  2. Unsuccessful candidate’s application will be KIV for future opening.
  3. Kindly prepare the following documents prior to applying as these attachments are mandatory.
    • Profile Picture (jpeg, jpg and png file only)
    • School education certificate (jpeg, jpg and png file only)
    • Tertiary education certificate (jpeg, jpg and png file only)
    • Resume (pdf file only)